Cari

Wednesday, 17 August 2011

Wordless Wednesday #2 - Sweet Memory Remains




We do not remember days; we remember moments. 
~Cesare Pavese, The Burning Brand

Smile :)


Monday, 15 August 2011

Selamat Ulang Tahun Chenta!


My heart for you will never break.

My smile for you will never fade.

My love for you will never end.

I love you.


Happy Birthday my L.O.V.E !


2 tahun 5 bulan 1 hari

Saturday, 13 August 2011

Jalan Alternatif Hari Jumaat di Bulan Puasa, Permas Jaya - Skudai (Johor)

Masa start enjin kereta : 5.00 petang
Masa tiba di rumah : 7.05 petang
Tempat memulakan perjalanan : Permas Jaya Mall, Masai
Koordinat 1°29'48"N 103°49'1"E
Destinasi : Skudai, Johor

Ada beberapa  landmark yang aku jadikan sebagai panduan untuk elak sesat iaitu:


Giant Hypermarket Plentong
Carrefour Johor Bahru
Kompleks Mutiara Johor Land
Kawasan Perindustrian Tebrau 1
Taman Perling



    *KLIK GAMBAR UNTUK PETA YANG LEBIH JELAS*


    Dari Permas Jaya Mall aku menuju ke Giant Hypermarket Plentong (Jln Masai Lama). Bila sampai dekat simpang berhadapan dengan Giant, aku ambik susur kiri dan jalan terus sampai jumpa simpang tiga di hujung jalan. Ada 2 traffic light sementara nak sampai ke simpang tiga tu. Traffic light pertama nak naik ke lebuhraya Pasir Gudang kalau tak silap, jadi wajib elakkan terbabas ke sana.


    Next, jalan terus don't belok-belok melalui Jln Masai Baru sampai ke Jalan Pandan. Tiba di Jln Pandan akan ada 1 traffic light, dari situ dah boleh nampak McDonald dan Carrefour Johor Bahru. Meh teruskan perjalanan melalui jalan di antara McD dan Carrefour sehingga tiba di jalan belakang Pasaraya Smart, Pandan. Aku jalan terus sehingga jumpa satu simpang 4 dan belok ke kanan (ada signboard Pasir Gudang arah kanan, Pusat Bandaraya arah kiri)


    Aku teruskan perjalanan sehingga tiba disimpang keluar ke lebuhraya Pasir Gudang, tapi tak belok kiri sebaliknya teruskan perjalanan ke Taman Daya. Di lorong kiri boleh nampak kereta bersusun nak keluar ke lebuhraya. Apabila tiba  di simpang 3 (traffic light) aku susur ke kiri menuju ke Jalan Kangkar Tebrau. Jalan terus dan sebelah kiri ada simpang ke Kompleks Mutiara Johor Land, aku teruskan perjalanan sampai ke Kawasan Perindustrian Tebrau 1.


    Sampai di hujung jalan akan ada satu lagi simpang 3 (tiada traffic light) yang berhadapan dengan kawasan kilang, aku belok kiri dan jalan terus sampai jumpa 2 traffic light. Di traffic light ke 2 aku ambil simpang ke kanan untuk keluar ke lebuhraya Pasir Gudang. Aku ada niat nak naik lebuhraya KL-Melaka tapi tak dapek sebab dah terlepas pun. Maka mari kita teruskan perjalanan sehingga tiba di susur keluar Jalan Skudai. Kena jaga-jaga elak terbabas ke Taman Perling.


    Daripada sini jalan dah expert pun, celah gigi aje. Ecececeh! Tapi kalau nasib tak baik Jalan Skudai pun boleh buat hal, apa nak buat redhoooo je lah kalau itu terjadi. Alhamdulilah selama 2 minggu di bulan puasa ni jalan Skudai tak begitu mengecewakan (sekitar jam 6-6.30 petang). Sempat la jugak menyinggah bazar Ramadhan untuk beli juadah berbuka.





    Kiri - Jalan meredah Leburaya Pasir Gudang | Kanan -  Jalan cilok cilok 2 jam++

    Ekceli kalau ikut jalan alternatif pun masih kena redah lebuhraya Pasir Gudang (keluar dari Kawasan Perindustrian Tebrau 1) tapi taklah kritikal sangat sebab kenderaan dah bergerak lancar di situ.  Jalan alternatif ni mengambil masa lebih kurang 2 jam yakni lebih kurang masa yang sama kalau tempuh jammed (inipun untuk kes nasib baik pandai cilok lori dan kenderaan lain). Aku lebih rela jalan jauh dari menghadap kereta beratur tak gerak-gerak di lebuhraya pasir gudang tu. Sungguh menyeksakan jiwa raga. Huh!

      Sebarang kesesatan semasa mencuba jalan alternatif ini, tak dapek den nak nolong. Hee. Btw, tq Angah & Abg Pian :)


    Thursday, 11 August 2011

    4 Hari Lagi




    "You were made perfectly to be loved - and surely I have loved you, in the idea of you, my whole life long." 







     4 hari lagi ada insan yang akan bertambah usianya. Tak payah tekalah mesti boleh agak punya, siap bubuh gambar lagi tu. Ada plan nak baling telur jangan lupa panjang-panjang kan agenda yek. Aku nak join sekaki.

    Gambar ni dapat masa game futsal rimau lawan rimau. Menang ke kalah? Boleh tanya pada tuan punya badanlah kan. Tak sempat dah nak pot pet pot pet lagi ni. Busy wohhhh! Hee.


    Jom jalan-jalan cari apa yang patut!

    Wednesday, 10 August 2011

    Wordless Wednesday #1 - Genap Sebulan



    Apa itu Wordless Wednesday?


    On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog.  Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description.

    Shhhhhhh!


    Sunday, 7 August 2011

    Majlis Buka Puasa & Reunion 1988/2005

    Ini cerita semalam yakni 6 Ogos 2011 bersamaan 6 Ramadhan 1432H. Majlis berbuka puasa sekali  harung dengan reunion ex-SMKKP untuk batch tahun 2005 telah pun berjalan dengan jayanya. (Rasa macam tengah jawab paper 2 Bahasa Melayu pulak. kikiki).

    Event buka puasa ni memang setiap tahun diadakan sebab dah menjadi tradisi sejak tingkatan 5 dulu. Penganjurnya tak lain tak bukan pakcik Yong dan dibantu dengan gagahnya oleh sedara Asni. Assistant kecik merangkap BFF aku masa kat UiTM dulu (Alina) pun turut sama memeriahkan majlis.
     
    Destinasi yang dituju untuk tahun ini ialah Restoran Seoul Garden, KSL City yang juga merupakan outlet terbaru mereka. Kalau nak tengok promosi dan menu boleh klik link ye.

    Sumber: Fiet Firdaus



    Seoul Garden
    LG 46, 47 & 48, Lower Ground Floor
    KSL City, JB


    Dengan bayaran RM35 sorang, kita boleh ngap segala makanan yang tersedia atas meja. Yang bawah meja kalau nak makan  pun boleh rasanya. Menu aku tak pasti dorang order set mana, mungkin yang All-u-can-eat Buffet tu kot?

    Sumber: Azriq Mocx

    *Gambar diambil setelah perut penuh dengan makanan laut dan darat. Ada lebih kurang seramai 30++ orang yang join kali ini. Meriah bukan? Wanie, Myra & Ayu takde dalam gambar sebab dorang tak join. Malam tu aku berdua-duaan bersama Oda a.k.a tokey cupcake kita.

    Lepas makan, konvoi ramai-ramai serang Danga City Mall pula untuk acara main boling. RM12 untuk dua game siap dengan kasut sepasang dan kalau tak bawak stoking add up RM2 (tak silap aku) untuk stoking baru. Dekat sini kena deposit sebelah kasut yang korang tengah pakai untuk pinjam kasut boling. Boleh gitu?

    Sumber: Dyster Ally 

    Sempat cam whoring dengan awek Key-Ell lepas penat hayun bola boling. First game aku score 68 dan second game barulah naik sikit ke angka 122. Dah nak habis game barulah dapat spare, strike bagai. Nyampah!

    Tepat jam 12.00 malam semua pun bersurai untuk pulang ke pangkal jalan. Habis cerita.

    Jumpa lagi tahun depan. Sweet memories!

    Qema Amaya in da House!

    Hai semua orang. Ini blog baru aku. Blog lama pun ada jugak.  Satu blog cari makan yang masih aktif dan baki lagi dua dah selamat aku padamkan hayatnya. Kalau nak dikira dengan jari yang tak berapa nak lawa ni, aku ada 4 blog yang pernah mengacau bilaukan dunia maya (termasuk yang baru buat ni sekali).


    Ada apa dengan Qema Amaya? Ekceli nama Qema Amaya tu ada sejarahnya tersendiri dan disebabkan ramai yang berminat nak tau maka ada baiknya aku khabarkan pada seluruh dunia (Walaupun bukan satu dunia yang nak tau).


    Qema
    Nama ni aku dapat dari senior sekolah menengah dulu. Disebabkan nama sebenar susah nak sebut maka ada sorang kakak senior tingkatan 2 (kak Zila) bagi nama gelaran a.k.a nickname ni. Ejaan asalnya Kema tapi lepas habis sekolah aku ubah satu huruf kat depan menjadi Qema. Kasi glamer ala-ala artis la sikit kan, baru bersemangat nak meneruskan hidup. Hahahaha.


    Amaya (あまや)
    Yang ni pulak aku generate sendiri dari application fesbuk - What's Your Japanese Name? Kalau nak jugak nama glamer dipersilakan klik link warna biru itu. Amaya ni ada maksud yakni hujan di tengah malam (night rain). Agak sesuailah dengan tuan punya nama sebab tengah malam aku memang suka feeling-feeling drama swasta tv kerajaan.


    Tapi...

    Harini baru dapat tahu yang sebenarnya application tu menipu aku. Kalau tak percaya cuba generate banyak kali nama yang sama dan korang akan dapat nama jepun yang berlainan. Hampeh! Walaubagaimanapun, aku tetap anggap yang pertama tu valid sebab macam sesuai plus sedap didengar kalau digabungkan dengan nama glamer aku tu kan? kan?

    Begitulah al-kisahnya nama diberi.

    Selamat berkenalan kepada yang belum kenal!