Cari

Saturday, 23 June 2012

Berhabuk. Koh. Koh. Koh!


A picture speaks a thousand words

Ini adalah gambar syok sendiri dalam kereta masa tunggu Ijang beli beger kat Taman U pada malam 15 Jun 2012.  Sila jangan hairan dan kerut kening tengok gambar tu. Aku juga adalah manusia normal yang kekadang feeling² seorang remaja tingkatan 3 suka bergambar solo dan cepat² upload kat fesbuk. Gambar yang buruk telah ditambah-buruk lepas edit guna photoscape. Kurang kreativiti gamaknya. Dah upload tadi gambar ori sebelum edit, kalau rajin pegilah selongkar album. 

Agak lama Ijang bertapa tepi gerai beger, nasib baik beger tersebut sedap nak mamp*s.  Cerita pasal beger yang sedap nanti up entri lain. Kalau rajin. Mata macam panda sebab semalam balik keje lambat lalu tido lambat lalu ngantuk lalu eye bag segala pun muncul. *ngko hari-hari pung balik lambat <- dialog ijang* Mulut pula terpaksa di'censored'kan dek kerana terasa macam senyuman maskot Ronald McDonald yang tengah dok atas pangkin depan pintu mekdi. Lagi? Mata belolok bak kata orang jawa, tapi kak Fiza cakap mata aku macam bentuk ikan. Lawa! *Idung kembang semangkuk*  Ni kak Fiza yang cakap bukan aku. Tak caye takpe, jeles lettew :p

Okeh tu je. Kalau ada komen lain meh join sekaki kat kotak bawah. 


To be continued...

 Tetiba harini mood nak menceceh datang membuak² terhadap blog yang kononya tempat simpan kenangan secara total  tak berhapdate berkurun lama.