Cari

Friday, 17 August 2012

Kadar Zakat Fitrah bagi Negeri-Negeri di Malaysia 2012/1433H



Definisi ringkas, Zakat Fitrah adalah zakat diri yang diwajibkan atas diri setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

Panduan Membayar Zakat

Bayaran perlu dilakukan kepada amil bertauliah dan dilantik oleh Majlis Agama Islam Negeri masing-masing.
Pastikan anda mendapat resit rasmi Majlis Agama Islam Negeri.
Sebaiknya menunaikan Zakat Fitrah di awal Ramadhan bagi membolehkan agihan kepada golongan yang layak disempurnakan sebelum menjelang Hari Raya.



Negeri
Kadar Zakat
Tahun 2012 (RM)
WP Persekutuan
KL / Putrajaya / Labuan
7.00
Perlis
6.00
Kedah
7.00
Pulau Pinang
7.00
Perak
7.00
Selangor
7.00
Negeri Sembilan
6.50
Melaka
6.50
Johor
5.00 / 8.00*
Pahang
7.00
Terengganu
4.50 / 7.00 / 7.60
Kelantan
7.00
Sabah
7.00
Sarawak
6.50
*Bagi negeri Johor dan Terengganu berdasarkan harga,gred dan jenis beras yang dimakan


Harga Fitrah RM 5.00
Harga Fitrah RM 8.00
Umat Islam di Negeri Johor yang makan beras gred/jenis super tempatan 15% hancur (beras nasional) sahaja yang berharga RM1.80 sekilogram
Umat Islam di Negeri Johor yang makan beras gred/jenis selain daripada beras super tempatan 15% hancur (Beras Nasional)

Nota:-
Sumber kadar yang disertakan ini adalah menerusi daripada pusat zakat dan juga laman sesawang rasmi majlis agama islam mengikut negeri.

Ibnu Umar meriwayatkan : "Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah di bulan Ramadhan kepada setiap orang muslim, samada dia merdeka atau hamba, lelaki mahupun perempuan. Iaitu segantang kurma atau gandum."

Waktu Mengeluarkan Zakat Fitrah Pada Bulan Ramadhan
Wajib - Mulai terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
Paling Afdhal - Sebelum solat sunat hari raya Aidilfitri.
Sunat - Sepanjang bulan Ramadhan.
Makruh - Selepas solat sunat hari raya Aidilfitri sehingga terbenam matahari 1 Syawal.
Haram - Selepas terbenam matahari 1 Syawal.

Kadar Zakat Fitrah adalah bersamaan satu gantang beras iaitu bersamaan 2.3 kilogram atau sesuatu yang sama nilai dengannya.

Zakat fitrah juga dikenali sebagai zakat badan, zakat puasa, zakat Ramadhan dan zakat Idul Fitri kerana masa untuk menyempurnakannya adalah pada akhir Ramadhan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri

Sumber: suria.fm

 Entri kesinambungan dari Wordless Wednesday #3

Monday, 13 August 2012

Sunsilk Lively Clean & Fresh - Hijabku Gayaku


Minggu 1  - 2 : Undi Gaya Hijab Kegemaran Anda
Langkah 1: Undi pilihan anda
Undilah gaya kegemaran anda! Ini akan membantu Sunsilk memilih di antara 4 video tutorial untuk dihasilkan kemudian!

Langkah 2: Kongsi Aplikasi
Lagi banyak anda kongsi, lagi cerah peluang anda untuk memenangi hadiah menarik!

Minggu 3  - 6 : Cubalah Sendiri
Langkah 1: Lihatlah Tutorial
Video tutorial untuk 4 gaya hijab paling popular akan dikeluarkan setiap minggu! Lihat dan pelajari cara mengikat gaya hijab melalui video tutorial! Setiap video tutorial pemenang gaya hijab akan dikeluarkan setiap minggu!

Langkah 2: Muat naik foto

Selepas mempelajari cara ikatan Hijab melalui video tutorial, anda perlu menangkap gambar anda memakai gaya hijab yang dipelajari, dan gayakannya dengan tema mingguan! Sepuluh (10) penyertaan mingguan yang mendapat undian tertinggi akan disenaraipendekkan untuk pengadilan. Satu (1) penyertaan yang paling kreatif akan dipilih sebagai pemenang setiap minggu.

Kepada sekalian hijabster yang rajin cuba tutorial pakai shawl/hijab kat youtube, meh la try contest cambest ni. Kalau ada rezeki boleh menang hadiah dari Sunsilk. Dah ready dengan kamera untuk tunjukkan gaya shawl/hijab yang ohsem? Klik sini untuk submit gambar u ols :)

Nak try jugakla! Heee.

The Noor Afizal Azizan Court Case is Raising a Storm of Controversy


PUTRAJAYA: A national bowler escaped custodial sentence for committing statutory rape with a 13-year-old girl three years ago.

The Court of Appeal yesterday allowed Noor Afizal Azizan's appeal against the High Court decision to sentence him to five years' jail. A three-man panel led by Court of Appeal president Tan Sri Raus Sharif substituted the jail term with an order which bound him over for good behaviour for five years.

If Noor Afizal breached the order, his bailor would have to pay RM25,000. Raus, in his decision, agreed with counsel Hisyam Teh Poh Teik, who represented Noor Afizal, that public interest would not be served if his client was given a custodial sentence when he had a bright future.

Hisyam said that Noor Afizal was 18 years old when the offence was committed. The Sessions Court in Malacca bound over Noor Afizal for good behaviour on a RM25,000 bond for five years after he pleaded guilty to raping the girl at a hotel in Ayer Keroh, Malacca on June 5, 2009. The Sessions Court, on July 5 last year, in binding him over, considered several factors, including that there was a consensual sexual relationship between him and the girl. Source: Bowler wins rape case appeal, escapes jail term.

Read more
i) malaysiakini.com
ii) joshuaongys.com

Any comment Malaysian?

Saturday, 11 August 2012

Monorail Terkandas di Brickfields 11 Ogos 2012


Kira kira 100 orang terperangkap di dalam monorail yang terkandas di hadapan Wisma Monorail, Jln Tun Sambathan, Brickfields Kuala Lumpur petang tadi. Kerosakan berlaku sebelum stesen Monorail Tun Sambanthan.

Seorang wanita yang sedang sarat mengandung pengsan manakala dua lagi penumpang dilaporkan mengalami kecederaan ringan di bahagian kaki ekoran terkena kaca yang pecah. Ketiga-tiga mereka dikejarkan ke Hopsital Kuala Lumpur dan berada dalam keadaan stabil. RapidKL memberitahu mereka sedang meneliti punca gerabak itu terkandas.

Sumber: budakbotak.com

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Deko² Air Wick Freshmatic Special Edition


Sesi kepoh² kat fesbuk petang tadi. Seperti yang semorang sedia maklom, si Qema amatlah suka membeli barang yang ada boh free item even barang tersebut tidaklah begitu perlu pada masa itu. Eh, aku sorang je ke? Kalau ada geng meh gimme five!


Berbalik kepada cerita air wick freshmatic, kebetulan ternampak benda alah ni masa beli barang dapur dan mak teringat yang ada kat rumah dah tak berfungsi. Senyap sunyi berapa hari even dah tukar bateri baru. Dek kerana terpampang punya besar perkataan 'FREE' kat packaging cepat je aku memberi hujah paling bernas supaya mak tak bertukar fikiran di saat akhir. (Mak adalah seorang penjimat cermat, dalam hal ni barang yang menjadi subjek utama tidaklah begitu penting). Finally, tadaaaa...



Welcome to the family Special Edition Air Wick Freshmatic Lavender! Harga untuk 1 pek hanya RM19.90 kat Econsave Pontian, port lain tak pasti sama atau tak. Ekceli ada pilihan bau lain jugak tapi mak suka bunga purple ni. Dalam pek tu ada 1 tin air freshener refill, 1 automatic spray dengan 2 bijik bateri AA. Yang free tu hanyalah decoration sticker rupanya. Hewhewhew.

Sampai je rumah terus mulakan projek men'deko'. Berpandukan corak yang tertera kat kotak, aku susun atas mesin spray tu. Bunga² kat sticker disusun ikut sukati manager kilang agaknya. Tak sampai 15 minit siap!



Tapiiii....tak sama langsung dengan design kat kotak sebab half away tersalah tampal tang daun lalu projek diteruskan dengan design ikut sukati aku pulak. Macam bersepah je bunga tu aku tengok, gasaklahhhh.

Lagi seminggu nak raya. Mood raya masih belum mari.

Wednesday, 8 August 2012

Wordless Wednesday #3 - Kadar Zakat Fitrah 1433H/2012M (Johor)

”Rasulullah s.a.w. telah mewajibkan zakat fitrah segantang kurma atau segantang syair ke atas hamba, orang merdeka, lelaki, perempuan kecil, besar dari kaum muslimin dan disuruh mengeluarkannya sebelum orang keluar untuk sembahyang hari raya" [Hadis riwayat al-Bukhari]

Moh ler kita..

Senarai Lokasi Outlet Baskin Robbins Seluruh Malaysia

Mesti ramai yang plan nak pergi Baskin Robbins petang ni kan? Bulan puasa macam ni tak kan nak serbu waktu tengah hari pulak.  Karang tak pasal² naik van mayat sebelum sampai waktunya. 

Kepada semua peminat tegar BR bolehlah rujuk senarai lokasi outlet berhampiran anda untuk penebusan ais krim percuma seperti yang di war-warkan sebelum ini. Kalau nak rujuk outlet di kawasan sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya, Melaka, Perak, Pahang atau Kedah boleh klik gambar kat bawah. Nanti ada tok nujum tolong bagitau kat mana. Perlu diingatkan bahawa ada beberapa outlet yang terkecuali iaitu di Hospital Pantai, Bangsar dan Genting Theme Park.





Untuk outlet Johor korang boleh semak kat senarai bawah ni. Nak klik gambar pun boleh jugak, takde masalah.

Permas Jaya
Lot G 15, Ground Floor,
Jusco Permas Jaya Shopping Centre,
No 1, Jalan Permas Utara,
Bandar Baru Permas Jaya,
81750 Johor Bahru, Johor.
Tel: 07-388 8831
Business Hour : 10.30am - 11pm

Tebrau City
Lot S72,
AEON Tebrau City Shopping Centre,
No 1, Jalan Desa Tebrau,
Taman Desa Tebrau,
81100 Johor Bahru, Johor.
Tel: 07-3562 231
Business Hour : 10am - 11pm
Eve, PH, Fri & Sat : 10am - 12am

Taman Molek
No. 51 Jalan Molek,
Taman Molek,
81100 Johor Bahru.
Tel: 07-352 8131
Business Hour : 10am - 11pm
Eve, PH, Fri & Sat : 10am - 12am

Machap
Lot No.1 ,
Kawasan Rehat & Rawat
Machap Utara,
KM 74.6, Lebuhraya Utara Selatan,
86200 Machap, Johor Bahru.
Tel: 07-758 2631
Business Hour : 10am - 10.30pm

City Square
Lot No.J1-11B, Level 1,
Johor Bahru City Square,
106-108, Jalan Wong Ah Fook,
80000 Johor Bahru.
Tel: 07-223 1531
Business Hour : 10am - 10.30pm

Bukit Indah
Lot G19,
Aeon Bukit Indah Shopping Centre,
No. 8, Jalan Indah 15/2,
Bukit Indah,
81200 Johor Bahru,
Johor Darul Takzim.
Tel: 07-236 7331
Business Hour : 10am - 11pm

Watex Parade
FC3, FC3A & FC7, First Floor,
Wetex Parade Shopping Centre,
No. 69, Jalan Ali,
84000 Muar, Johor
Tel: 06-9555631
Business Hour : 10am - 11pm

Johor Premium Outlet (JPO)
Suite No. 502, Johor Premium Outlets,
Jalan Premium Outlets,
Indahpura, 81000 Kulaijaya,
Johor Darul Takzim
Tel: 07-590 9285

What's your flavor?

Free Baskin Robbins is on! 08 Aug 2012


THE BIG ANNOUNCEMENT IS HERE! RAIN OR SHINE: FREE ICE-CREAM FOR ALL! In honour of our athletes for their determination and passion, Impian Emas Negara Media Prima Berhad & Baskin-Robbins Malaysia wants to reward all Malaysians with FREE Baskin-Robbins ice-cream! Please read below for complete information on the event tomorrow.





In view of the valiant efforts of our Olympian heroes who have united us all and made the country proud, Impian Emas Negara Media Prima and Baskin Robbins have decided to STILL give out free ice-cream to all Malaysians! 61 outlets nationwide.  8th August 8-10pm! (excluding two kiosks at Pantai Hospital, Bangsar and Genting Theme Park)

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tuesday, 7 August 2012

(Gambar) Pingat Perak Sukan Olimpik 2012 milik Datuk LCW

Satu Mesia dah tau yang hero negara telah selamat tiba ke tanah air pagi tadi. Berduyun duyun duyun manusia memenuhi balai ketibaan KLIA untuk menyambut kepulangannya siap bawak banner, sepanduk segala. Meriah tak hingat! Aku tak join tapi tengok live updates via fesbuk.

Datuk LCW ada share gambar pingat yang dimenanginya di London malam Ahad lepas di fesbuk rasmi beliau. Meh tengok, siap close up lagi nak bagi semorang belek pakai mata. Kalau tak puas tengok boleh cari album gambar kat fesbuk yer. Facebook rasmi beliau: Datuk LCW

Cekidaut yaw:


Caption: The silver medal.

Cayalah Latuk! Pinjam 2 ari boleh?



Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tujuh Puluh Empat Hari


Hari-hari tengok blog mesti terus spot kat tickler ni (jeling belah kanan kalu nk kepoci).  Kemain cepat lagi angka bertukar sampai jantung aku pun sama laju dengan si saat tu. Masa ni mulalah berangan nak jumpa Doraemon pinjam 'Mesin-hentikan-masaaaaa' *sila pronounce macam gaya suara dalam kartun tersebut*

Tak sure apa perasaan yang ada kat dalam ni, happy harussssslah ada, duduk kat tangga teratas gitu. Lain² perasaan pun ada jugak..yang best, yang tak berapa nak best, yang takde rasa apa pun ada kengkadang. Normal la kot?  

Bila officemate or kawan² tanya macam mana persiapan? Aku agak blur nak jawab sebab rasanya macam ok je. Awal bulan aritu tak silap, cik Nuyui ada tanya dan dia dapat jawapan 80%. Masa reunion Ayu mak buyong tanya tapi tak ingat berapa % aku jawab. Makanya, dah tahap wajib aku menceceh kat sini untuk keep update apa yang tak settle lagi dan pastikan 2 minggu sebelum hari besar (read: big day) peratusan telah mencapai ke angka 100%.

So, let's move!

Tapi...







Nak mula dari mana eh? 


  Harini daku cuti 1 ari untuk menemani bonda shopping raya. 

Monday, 6 August 2012

Salam Nuzul Qur'an 1433H

                       
Oleh:  Dr. Samsu Adabi  Mamat
Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam Universiti Kebangsaan  

Nuzul Al-Quran

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga  seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan 'Nuzul' bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

'Al-Quran' bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata 'al-Quran mukjizat akhir zaman' atau 'al-Quran yang mempunyai mukjizat'. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:


"Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan)" (Al-An'am:38)


Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Sumber - Jabatan Agama Islam 



Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Sunday, 5 August 2012

Facebook newsfeed post by: Baskin-Robbins Malaysia


Baskin-Robbins Malaysia wrote:


Dato Lee C W, you have inspired us all. You did your best and you're still our hero! Thank you! Meanwhile, it's not over yet fellow Malaysians. We have Azizulhasni Awang at 11:30pm later and not to forget the rest of the team. There's still hope for free Baskin Robbins ice cream!


Updates on 11.45 pm: But sadly to said that, our sprinter Azizulhasni Awang also can't make it.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Datuk Lee Chong Wei has apologized on Twitter for not winning Gold for Malaysia




Lets follow Datuk LCW's twitter: Lee_C_Wei


"Datuk Lee Chong Wei has apologized on Twitter for not winning Gold for Malaysia, but we say THANK YOU for making Malaysia proud!" - hitz.fm


"Datuk Lee Chong Wei, don't fret, millions of Malaysians cheer on for you and can't thank you enough for your endless, relentless effort along with the rest of the Malaysian contingent. You've done your country proud! XOXO" - fly.fm

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Keputusan Penuh Perlawanan Akhir Badminton Olimpik 2012


Dengan rasa berat hati dan sebak sebu di dada, akhirnya impian emas Pertama Malaysia lebur pada malam ini. Datuk Lee Chong Wei terpaksa akur kepada musuh tradisi beliau Lin Dan dengan mata 1 berbalas 2. Perlawanan yang sungguh sengit,  melekit, meruntun jiwa raga segala perasaanlah boleh dikatakan.

Walau apa pun, wira negara kita dah pun berusaha dengan sebaik mungkin. Datuk LCW menang mudah di set pertama. Permainan menjadi sengit pada set kedua dan akhirnya di set penentuan bukan rezeki Jalur Gemilang untuk dikibarkan harini.


Sob..sob..sob..giler sebak. Takpe mungkin ada rezeki pada game akan datang untuk emas negara. Btw, tahniah  kepada Datuk LCW kerana menyumbang pingat perak pertama Malaysia.

*aku memang emosi bab-bab patriotisme ney. poyo kan? *

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Siaran Perlawanan Badminton Peringkat Akhir Olimpik 2012


Astro wrote:

Saksikan perlawanan peringkat akhir acara perseorangan lelaki badminton Sukan Olimpik London - Dato 'Lee Chong Wei lwn Lin Dan pada pukul 7:56 malam ini @ Ch 829 & Ch 849 (HD). Semoga berjaya Dato' Lee Chong Wei!!

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Saturday, 4 August 2012

Baskin Robbin free untuk rakyat Malaysia kalau Dato' Lee Chong Wei Menang Emas

Patutlah kepoh2 kat fesbuk pasal eskrim BK free utk semorang kalau Dato' LCW bawak balik Mesia pingat emas utk sukan Olimpik taun ni. Aku tau pun lepas si Sapik bgtau masa berbuka malam tadi. Ingatkan dorang sesaja buat lawak Olimpik tapi rupanya berita tu memang sahih.

Buktinye, lepas stalk fesbuk rasmi BK ada terjumpa post ni.



Siap ada official announce kat ntv7 ghopenyer. Aku sorang sahajakah rakyat Mesia yg baru tau psl ni? Kalau ye, kesian btul kat diri sendiri. Heee.

Makanya, moh la kite same² doakan kemenangan Dato' LCW malam ni yek.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone