Cari

Wednesday, 16 October 2013

Samsung Galaxy Tab 2 (7.0) - Cara untuk buat Screenshot (updated version)



Selamat mencuba. Mak kucen dah try dan memang jadik. Setelah hampir setengah tahun tak screenshot apa2..sigh.

Friday, 11 October 2013

Aeril Zafril & Wawa Zainal Sudah Nikah

Wawa dan Aeril dikatakan telah menyulam cinta sejak 3 tahun yang lalu. Adakah pembongkaran ini membuktikan bahawa Aeril dan Wawa selama ini berbohong? Kalau betul sudah berkahwin, apa salahnya beritahu kepada orang ramai. Jangan bersembunyi dan terus memberikan alasan yang tidak masuk akal. Sama-samalah kita nantikan penjelasan daripada Aeril dan Wawa. Baca artikel ini sepenuhnya untuk membaca pendedahan lengkap yang dikeluarkan menerusi BiPop hari ini.



Aeril dan Wawa menjawab soalan media.
Desas-desus selama ini yang mengatakan pelakon berlesung pipit, Wawa Zainal dan aktor yang pernah membintangi filem Cinta Kura-Kura dan Budak Pailang, Aeril Zafrel bercinta sering dinafikan 2 pelakon itu. Malam begitu sukar memperoleh kenyataan daripada kedua-duanya untuk membuat pengakuan sebenar bahawa mereka dalam alam pencintaan, di sebaliknya jawapan pernah diberikan ialah mereka cuma berkawan rapat sejak 2011.
Namun, berdasarkan siasatan yang dibuat Bpop sejak ahad lalu, membuktikan pasangan itu sudah berkahwin dan kini memperoleh cahaya mata lelaki yang berusia 6 minggu.
Bpop mengesan nama seorang bayi lelaki yang dikatakan ada bersama Wawa kini adalah anak kandung pasangan berkenaan. Menerusi nama seorang bayi lelaki yang pernah diberitahu kepada Bpop dan satu nama yang pernah dimuatnaik dalam laman sosial IG MiG Online, ianya berkait dengan nama penuh pasangan pelakon itu sebagai ibu bapa seperti mana yang direkodkan dalam Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Siasatan juga mendapati pasangan sama cantik, sama padan menjalinkan hubungan cinta sejak 3 tahun lalu itu sudah bernikah dan mendaftarkan pendaftaran perkahwinan mereka di sebuah pejabat agama daerah di Selangor.
Aeril dan Wawa dikatakan mendaftar pernikahan mereka di pejabat agama Islam daerah Petaling pada 4 Februari lalu. Bpop mendapat maklumat seorang bayi lelaki didaftarkan atas nama Ahmad Fakharuddin Attar yang dilahirkan pada 24 Ogos 2013 adalah bayi milik pasangan berkenaan. Bayi seberat 3.12 kilogram itu direkodkan dilahirkan di Roppi Medical Centre, Jalan Dato Haji Eusoff, Damai Complex, Kuala Lumpur pada 9.25 pagi.
Mengikut siasatan lagi, rekod yang diperoleh di JPN mendapati bapa bayi berkenaan bernama Suhairil Suhari iaitu nama sebenar Aeril. Data peribadi Aeril yang dilahirkan pada 2 Disember 1988 dan ibunya Nur Hawa Zainal Abidil atau nama sebenar Wawa yang dilahirkan pada 12 Mac 1992, nyata sama dengan identiti ibu bapa kepada bayi berkenaan.
Sekaligus, maklumat yang diperoleh itu mengesahkan identiti kedua-dua pelakon filem berkenaan sebagai ibu bapa kepada bayi bernama Ahmad Fakharuddin Attar.
Lebih menarik, nama Ahmad Fakharuddin Attar bukan asing kepada Aeril dan Wawa kerana nama itu diambil semperna nama watak Aeril dalam filem terakhir dibintanginya dalam produksi Metrowealth Pictures Sdn Bhd iaitu filem berjudul 99 Kali Rindu arahan Azhari Zain. Filem yang ditayangkan pada Mei lalu turut menggandingkan Aeril dan Wawa. Selain itu, Aeril juga pernah membawa watak bernama Attar dalam filem 7 Petala Cinta juga terbitan MiG.
Sebelum ini, sudah kerap terdengar gosip mengatakan Wawa dan Aeril dilamun cinta tapi kedua-duanya menafikannya. Malah, Bpop pernah membuat pendedahan mengenai gosip cinta apabila seorang teman rapat yang banyak menabur jasa kepada mereka terlepas cakap mengenai hubungan yang sekian lama terjalin itu. Pendedahan itu disiarkan 28 Julai lalu.
Bagaimanapun, pasangan itu tetap menafikannya. Namun, Wawa dalam kenyataan balas pada 4 Ogos lalu tidak menafikan Aeril adalah teman rapat dan sangat istimewa buat dirinya. 2 pelakon itu dikatakan mula menjalinkan hubungan rapat apabila bergandingan dalam drama bersiri Klik. Bagaimanapun, cinta antara mereka kian bersemi apabila digandingkan dalam filem Budak Pailang dan 99 Kali Rindu.
Wawa mula menghilangkan diri apabila mendakwa dirinya terkena penyakit misteri sekitar Februari dan Mac iaitu dikatakan tarikh dirinya dan Aeril bernikah.
Selepas dinobatkan sebagai pemenang kategori Artis Baru Wanita Popular pada majlis Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH 2012) pada awal April lalu, kelibat Wawa sukar untuk dijejaki media massa apabila dia dikatakan kerap pulang ke kampung halamannya di Lahad Datu, Sabah, untuk tujuan berehat dan berubat. Khabarnya Wawa dikatakan meminta cuti panjang dari syarikat pengurusannya, MiG Talent atas alasan sakit.
Bagaimanapun sebuah stesen radio swasta baru-baru ini mendedahkan kononnya seorang pelakon wanita yang sudah lama menghilangkan diri selamat melahirkan anak dan kini sedang berpantang, kira-kira 2 minggu lalu. Suami pelakon wanita itu dikatakan seorang pelakon yang cukup popular dengan drama TV yang disiarkan pada waktu petang. Berita itu didakwa diperoleh daripada sumber keluarga angkat pelakon lelaki itu.
Aeril apabila ditanya mengenai perkara berkenaan, mengatakan dakwaan itu hanyalah kata-kata tanpa sebarang bukti sahih.
“Jika saya nafi dan komen lebih-lebih, orang memang tidak akan berhenti bercakap. Memang saya tidak berkahwin, saya hanya kahwin dalam drama saja. Sekarang status kami berdua hanyalah sahabat baik dan saling mempercayai antara satu sama lain. Tidak dinafikan dan tipu kalau kata kami tidak berjumpa. Jika dia berada di Kuala Lumpur, kami akan keluar makan bersama, tetapi dia sekarang berada di kampungnya di Sabah kerana sedang berubat.” – Katanya dalam sebuah akhbar pada 2 Oktober lalu.
Aeril juga dalam kenyataannya dilaporkan berkata
“Saya ingin memohon, tolong jangan sebarkan cerita jika tidak ada bukti dan akan memburukkan orang lain. Jika saya kahwin, pasti ada bukti kerana pelbagai perkara harus diselesaikan seperti dokumen, bukan boleh kahwin secara senyap kerana akhirnya orang akan tahu juga. Saya lebih suka sembunyikan hal-hal yang tidak ada kaitan dengan kerja contohnya saya berkawan dengan Wawa. Sejujurnya, saya tidak eprnah sorokpun. Lihat saja di laman sosial saya. Tidak kiralah artis atau orang biasa, bukan semua hal kita akan kongsi dengan semua orang,”
Bpop cuba menghubungi Wawa menerusi telefon tetapi tidak dijawab selain dari tidak membalas kiriman SMS.
Sementara itu, Aeril yang dihubungi Rabu lalu menjawab panggilan telefon penulis, tetapi apabila penulis ingin mula bertanya sesuatu kepadanya, Aeril terus memberitahu dia sedang memandu kereta dan meminta penulis menghubunginya semula. Penulis sempat berpesan supaya jangan pula tidak menjawab panggilan selepas ini lalu dia menjawab “Ok ok,”
Selepas setengah jam penulis cuba menghubunginya semula dan menghantar SMS, Aeril langsung tidak menjawab panggilan telefon atau membalas SMS yang dihantar kepadanya. Beberapa kali panggilan seterusnya juga tidak dijawab. Penulis juga mencuba lagi beberapa menghubungi Aeril pada khamis lalu namun panggilan telefon masih tidak berjawab.

Sumber: beautifulnara.com

Monday, 19 August 2013

#R4BIA? Apa tu?


Mungkin ada di antara kita yang masih tertanya-tanya kenapa ramai pengguna media sosial mula menukar avatar simbol 4 jari seperti di atas dan mula menggunakan hashtag #R4BIA? Apakebenda R4BIA tu?

1. Dalam bahasa Arab, Rabi'ah/arba'ah bermaksud Empat. Rab'ah (angka 4) dijadikan sebagai simbol keteguhan, kekuatan, perlawanan dan persatuan untuk seluruh dunia yang mencintai kebebasan.

2. Simbol 4 jari sebagai simbol untuk mengenang markas demonstran Pro Mursi di Rabi'ah yang telah dihancurkan oleh tentera junta. Simbol 4 jari untuk menunjuk ikon Rabi'ah.

3. Simbol 4 jari ini telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Turki, Recep Tayip Erdogan mulai Sabtu semalam (17 Ogos 2013) setelah mengecam keras pembantaian yang dilakukan tentera junta Mesir yang terjadi pada hari Jumat dan Sabtu di Ramses Square dan Masjid Fatih yang dikepung tentera junta.

4. Tujuan avatar simbol #R4BIA dipakai oleh penyokong Morsi di media sosial seperti facebook dan twitter sebagai bentuk solidariti dan kepedulian terhadap apa yang berlaku di Mesir. Selain menimbulkan kesedaran orang ramai supaya lebih cakna mengenai krisis di Mesir sekarang ini.

Sumber: save Egypt

Wednesday, 7 August 2013

Waktu Berbuka 29 Ramadhan 1434H/7 Ogos 2013M (Rabu)

Assalamualaikum w.b.t.

Waktu berbuka JDT zon 2 (Johor Bahru, Kulaijaya, Kota Tinggi dan pulau-pulau berhampiran)



p/s: Geng 1 Malaysia yakni negeri² dan daerah² lain boleh klik sini untuk donlot waktu berbuka dan imsak sepanjang Ramadhan :)

Selamat berbuka puasa semua orang!

Tuesday, 6 August 2013

Waktu Berbuka 28 Ramadhan 1434H/6 Ogos 2013M (Selasa)

Assalamualaikum w.b.t.

Waktu berbuka JDT zon 2 (Johor Bahru, Kulaijaya, Kota Tinggi dan pulau-pulau berhampiran)



p/s: Geng 1 Malaysia yakni negeri² dan daerah² lain boleh klik sini untuk donlot waktu berbuka dan imsak sepanjang Ramadhan :)

Selamat berbuka puasa semua orang!

Monday, 5 August 2013

Waktu Berbuka 27 Ramadhan 1434H/5 Ogos 2013M (Isnin)

Assalamualaikum w.b.t.

Waktu berbuka JDT zon 2 (Johor Bahru, Kulaijaya, Kota Tinggi dan pulau-pulau berhampiran)



p/s: Geng 1 Malaysia yakni negeri² dan daerah² lain boleh klik sini untuk donlot waktu berbuka dan imsak sepanjang Ramadhan :)

Selamat berbuka puasa semua orang!

#FindAisyah - Maklumat Terkini, Aisyah Telah Dijumpai

Hai Semorang,

Di Facebook & twitter tengah menular hebahan untuk mencari adik Aisyah yang dipercayai telah diculik beberapa hari yang lalu. Petikan berita daripada the star online:

Maths teacher pines for missing daughter

PETALING JAYA: As the Raya season draws closer, a mother is reaching out to Malaysians in hopes of finding her three-year-old daughter Aisyah Wan Exzan, who went missing in Rawang last Tuesday. Gombak OCPD ACP Abdul Rahim Abdullah said Aisyah's mother, Arbaiyah Md Zin allegedly met the abductor via Facebook in May and began a relationship with him, and even began planning a wedding together. 

 Despite only knowing the man for a few weeks, Arbaiyah, a maths teacher in her late 30s, left her daughter in the man's care on July 30, as he had told her he wished to introduce Aisyah to his sister. The mother also gave the suspect Aisyah's birth certificate, as the pair were planning to go on a honeymoon with the child after the supposed marriage. "After that on August 2, the mother also gave RM25,000 in cash to the man for a supposed investment for a gold trading business in a shopping mall in Rawang. 

 "The following day, Arbaiyah was waiting for the suspect to bring Aisyah home. He had promised to meet her to go out and shop for wedding items. But he didn't show and calls to him went unanswered," ACP Abdul Rahim told The Star. 

Berita lanjut : the star online


Perkembangan tekini mengatakan yang si comel tersebut telah ditemui semula dengan selamat di Pulau Pinang. Alhamdulilah. Maklumat tersebut berdasarkan daripada gambar seorang anggota polis wanita yang sedang mendukung Aisyah. 

 

Akhirnya keluarga cikgu Arbaiyah dapat meraikan Hari Raya dengan gembira. Syabas kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta rakyat Malaysia yang sentiasa berusaha mencari dan berdoa untuk Aisyah. Terima kasih Malaysia!

Pengumuman Zakat Fitrah 1434H / 2013M bagi Negeri Johor Darul Takzim


Panduan Kadar Fitrah
Harga Fitrah RM 5.00
Harga Fitrah RM 8.00
Umat Islam di Negeri Johor yang makan beras gred/jenis super tempatan 15% hancur (beras nasional) sahaja yang berharga RM1.80 sekilogram.
Umat Islam di Negeri Johor yang makan beras gred/jenis selain daripada beras super tempatan 15% hancur (Beras Nasional).
Panduan Pembayar
  • Umat Islam yang bermukim di Negeri Johor wajib menunaikan zakat fitrah di Negeri Johor
  • Bayaran fitrah hendaklah dibayar kepada amil bertauliah dan mempunyai kad kuasa amil daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor.
  • Pastikan setiap bayaran Zakat Fitrah mendapat resit rasmi Majlis Agama Islam Negeri Johor.
  • Anda digalakkan menunaikan Zakat Fitrah di awal Ramadhan bagi membolehkan agihan kepada fakir dan miskin disempurnakan sebelum Hari Raya.
Sabda Rasulullah S.A.W maksudnya:
” Rasulullah S.A.W mewajibkan Zakat Fitrah kerana ia membersihkan kekotoran (dosa) orang-orang yang berpuasa dan memberi makanan (juadah) kepada orang-orang miskin, dan barang siapa menunaikannya (Zakat Fitrah) sebelum solat hari raya, maka ia adalah zakat yang diterima dan barangsiapa yang menunaikannya (Zakat Fitrah) selepas solat hari raya, ia menjadi sedekah-sedekah biasa (bukan Zakat Fitrah)”
Hadith Riwayat: Abu Daud & Ibnu Majah
Kaunter Kutipan Zakat Harta dibuka 7 Hari Seminggu:
Isnin – Jumaat: 8.00 pagi – 5.00 petang (Waktu hari bekerja biasa)
Sabtu & Ahad: 9.00 pagi – 4.30petang
Tempat: Semua Kaunter Zakat Harta, Pejabat Kadi Daerah di Seluruh Negeri Johor
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak
Semoga ibadah puasa yang dilaksanakan pada tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun yang lalu. 
Rebutlah Keberkatan Ramadhan Dengan Berpuasa dan Berzakat
Sumber: http://www.maij.gov.my

Untuk negeri-negeri lain boleh semak melalui link di bawah:

Kadar Zakat Fitrah 2013/1434H Negeri Seluruh Malaysia

Sunday, 4 August 2013

Waktu Berbuka 26 Ramadhan 1434H/4 Ogos 2013M (Ahad)

Assalamualaikum w.b.t.

Waktu berbuka JDT zon 2 (Johor Bahru, Kulaijaya, Kota Tinggi dan pulau-pulau berhampiran)


p/s: Geng 1 Malaysia yakni negeri² dan daerah² lain boleh klik sini untuk donlot waktu berbuka dan imsak sepanjang Ramadhan :)

Selamat berbuka puasa semua orang!

Kadar Zakat Fitrah 2013M/1434H Negeri Seluruh Malaysia

Assalamualaikum semorang :)

Jom semak kadar zakat fitrah untuk tahun ini. Berdasarkan analisis, kadar zakat fitrah 2013/1434H tidak akan jauh berbeza dari kadar zakat fitrah 2012 yang lalu.

Dibawah terdapat kadar zakat fitrah 2013M/1434H bagi negeri seluruh Malaysia.


Kadar Zakat Fitrah 2013/1434H Negeri Seluruh Malaysia

Kadar Zakat Fitrah Mengikut Negeri Yang Telah Di Sahkan


  • Kadar Zakat Fitrah Negeri Selangor - RM7.00
  • Kadar Zakat Fitrah Kelantan - RM7.00
  • Kadar Zakat Fitrah Negeri Sembilan - RM6.50
  • Kadar Zakat Fitrah Negeri Perlis - RM6.00


Waktu Membayar Zakat Fitrah


  • Waktu Wajib: Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
  • Waktu paling afdal: Sebelum Solat Sunat Aidilfitri
  • Waktu Sunat: Sepanjang bulan Ramadhan
  • Waktu makruh: Selepas solat sunat Aidilfitri dan terbenam matahari 1 Syawal.
  • Waktu Haram: Selepas terbenam matahari 1 Syawal

Sumber: http://kezoom.blogspot.com

Saturday, 3 August 2013

Waktu Berbuka 25 Ramadhan 1434H/3 Ogos 2013M (Sabtu)

Assalamualaikum w.b.t.

Waktu berbuka JDT zon 2 (Johor Bahru, Kulaijaya, Kota Tinggi dan pulau-pulau berhampiran)


p/s: Geng 1 Malaysia yakni negeri² dan daerah² lain boleh klik sini untuk donlot waktu berbuka dan imsak sepanjang Ramadhan :)

Selamat berbuka puasa semua orang!

Friday, 2 August 2013

Waktu Berbuka 24 Ramadhan 1434H/2 Ogos 2013M (Jumaat)

Assalamualaikum w.b.t.

Waktu berbuka JDT zon 2 (Johor Bahru, Kulaijaya, Kota Tinggi dan pulau-pulau berhampiran)

p/s: Geng 1 Malaysia yakni negeri² dan daerah² lain boleh klik sini untuk donlot waktu berbuka dan imsak sepanjang Ramadhan :)

Selamat berbuka puasa semua orang!

Selamat Dua Puluh Lima

Hai semorang,

Masuk je 1 Ogos semalam hati mak kucing ni dah terdetik sesuatu. Sesuatu bukan untuk hari itu tapi esoknya. *Hadoilaapapunyebelitintroakuni*

Oyeahh! Harini adalah hari-tambah-umur untuk mummy kesayangan we ols. Sayang dia since sekolah sampailah dah beranak pinak dan sampai bila². Jadi mari kita nyanyi lagu Selamat Ulang Tahun untuk mummy Nur Idayu binti Ishak..


♪♫♪ "Selamat doploh limaaa..

Selamat doploh limaaa.. ♪♫♪♫

♪♫ Selamat doploh lima ayuuuuu..

Selamat doploh lima taunnnnn" ♪♫♪♫



Ayu yang we ols kenal =  ganas tapi jiwang  + penyayang + penyabo + tak kedekut + setia + bertabah + ade pendirian diri + kengkadang kuat membebel (dah jadik mak lah katakan) dan lain-lain. Myra, Uda or Wanie ade nak tambah? Heee.

p/s: I luv u fren!
p/s dari Rini : *meow..meoww..meowwww..* <- selamat hari tua mummy

Thursday, 1 August 2013

Waktu Berbuka 23 Ramadhan 1434H/1 Ogos 2013M (Khamis)

Assalamualaikum w.b.t.

Waktu berbuka JDT zon 2 (Johor Bahru, Kulaijaya, Kota Tinggi dan pulau-pulau berhampiran)

p/s: Geng 1 Malaysia yakni negeri² dan daerah² lain boleh klik sini untuk donlot waktu berbuka dan imsak sepanjang Ramadhan :)

Selamat berbuka puasa semua orang!


Wednesday, 31 July 2013

Waktu Berbuka 22 Ramadhan 1434H/31 Julai 2013M (Rabu)

Assalamualaikum w.b.t.

Waktu berbuka JDT zon 2 (Johor Bahru, Kulaijaya, Kota Tinggi dan pulau-pulau berhampiran)


Di antara kelebihan bulan Ramadan ialah ikan-ikan di laut akan beristigfar untuk mereka sehingga mereka berbuka. sumber: http://www.ahmad-sanusi-husain.com

p/s: Geng 1 Malaysia yakni negeri² dan daerah² lain boleh klik sini untuk donlot waktu berbuka dan imsak sepanjang Ramadhan :)

Selamat berbuka puasa semua orang!

Tuesday, 30 July 2013

Waktu Berbuka 21 Ramadhan 1434H/30 Julai 2013M (Selasa)

Assalamualaikum w.b.t.

Waktu berbuka JDT zon 2 (Johor Bahru, Kulaijaya, Kota Tinggi dan pulau-pulau berhampiran)

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. telah bersabda, "Umatku telah diberikan dalam Ramadhan lima perkara yang belum bernah diberikan kepada mana-mana umat pun sebelum mereka. sumber: http://www.ahmad-sanusi-husain.com

p/s: Geng 1 Malaysia yakni negeri² dan daerah² lain boleh klik sini untuk donlot waktu berbuka dan imsak sepanjang Ramadhan :)

Selamat berbuka puasa semua orang!

Monday, 29 July 2013

Waktu Berbuka 20 Ramadhan 1434H/29 Julai 2013M (Isnin)

Assalamualaikum w.b.t.

Waktu berbuka JDT zon 2 (Johor Bahru, Kulaijaya, Kota Tinggi dan pulau-pulau berhampiran)


Mereka akan diampunkan pada malam terakhir Ramadhan. Ditanya kepada Rasulullah, "Adakah ia lailatur Qadar?" Baginda menjawab, "Tidak! Tetapi seorang pekerja yang diberikan ganjarannya apabila telah selesai kerjanya." sumber: http://www.ahmad-sanusi-husain.com

p/s: Geng 1 Malaysia yakni negeri² dan daerah² lain boleh klik sini untuk donlot waktu berbuka dan imsak sepanjang Ramadhan :)

Selamat berbuka puasa semua orang!

Berbuka Puasa di Restoran 6 Corner Senibong

Assalamualaikum semorang !

Semalam yakni 28 Julai 2013 (Ahad) bersamaan dengan 19 Ramadhan 1434H mak bapak Rini berdua-duaan berbuka-bukaan di luar. Al kisah..sepanjang 19 hari posa ni, we ols buka kat rumah saje. Maka, amek peluang sebaiknya sebab tak larat nak klentang klentung kat dapur setelah lepak mengemas rumah lepas majlis big family gathering semalamnya.

Destinasi yang dituju adalah ke Restoran 6 Corner Senibong tempat feymes dengan hidangan makanan laut di Johor Bahru. Orang kata la bukan mak kucing yang kata. Ni kali ke 3 aku ke sini sebab sebelum ni pernah datang untuk dinner dengan kelorga dan majlis buka posa dengan Maybanker Permas Jaya (tahun 2012).


Yang ohsemnya, tempahan meja boleh dibuat secara online u ols! Memula tu macam tak konfiden nak isi borang booking sebab risau kang takde orang attend book tu tak memasal buka posa makan angin je kat Senibong. Oleh kerana tangan gatai, aku try sesaja test coba nengok macam mana kekdahnya. Seprisingly, tak sampai 5 minit dapat emel dan call untuk pengesahan tempahan siap amek menu nak makan apa. Tergagap-gagap aku nak menjawab sebab belum plan nak makan apa.


Dengan bantuan tukang makan nombor 2 di sebelah, maka inilah yang we ols order. Simple je sebab tangki memasing tak muat nak isi banyak. Ini pun siap tapau sebab tak habis padahal 3 menu je. Untuk menu simple ni harganya adalah seperti berikut:

1. Ikan Siakap 3 Rasa - RM37.00
2. Sotong Goreng Tepunt (2 orang makan) - RM18.00
3. Nasi Putih (2 pinggan) - RM3.00
4. Tembikai - RM7.00
5. Kailan Ikan Masin (1 orang makan) - RM4.00
JUMLAH - RM69.00

Komen? Ikan Siakap 3 Rasa tu boleh tahan garing tapi kuahnye kurang kick. Sotong goreng tepung memang ohsem! Kailan Ikan Masin pun ok. Masa berbuka ni dorang siap bagi 2 cup dadih tembikai susu free of charge untuk pencuci mulut.

Sesapa yang teringin nak makan kat sini/nak tau maklumat lanjut boleh guna info ni:

Tel. no: 016 741 9991 / 018 972 2183 (Wan)
Facebook : search 6 Corner Senibong

Sekian wassalam :)

Sunday, 28 July 2013

Waktu Berbuka 19 Ramadhan 1434H/28 Julai 2013M (Ahad)

Assalamualaikum w.b.t.

Waktu berbuka JDT zon 2 (Johor Bahru, Kulaijaya, Kota Tinggi dan pulau-pulau berhampiran)


Dirantaikan syaitan-syaitan yang jahat di dalam Ramadhan dan mereka tidak akan dapat berbuat sesuatu dalam Ramadhan ini apa yang biasa mereka lakukan pada bulan lain. sumber: http://www.ahmad-sanusi-husain.com

p/s: Geng 1 Malaysia yakni negeri² dan daerah² lain boleh klik sini untuk donlot waktu berbuka dan imsak sepanjang Ramadhan :)

Selamat berbuka puasa semua orang!

Saturday, 27 July 2013

Waktu Berbuka 18 Ramadhan 1434H/27 Julai 2013M (Sabtu)

Assalamualaikum w.b.t.

Waktu berbuka JDT zon 2 (Johor Bahru, Kulaijaya, Kota Tinggi dan pulau-pulau berhampiran)

Setiap hari Allah s.w.t. akan menghiaskan syurgaNya dan berkata, "Telah hampir masanya hamba-hambaKu yang soleh akan dilepaskan dari beban-beban dan mereka akan datang kepadamu."  sumber: http://www.ahmad-sanusi-husain.com
p/s: Geng 1 Malaysia yakni negeri² dan daerah² lain boleh klik sini untuk donlot waktu berbuka dan imsak sepanjang Ramadhan :)

Selamat berbuka puasa semua orang!


Friday, 26 July 2013

Waktu Berbuka 17 Ramadhan 1434H/26 Julai 2013M (Jumaat)

Assalamualaikum w.b.t.

Waktu berbuka JDT zon 2 (Johor Bahru, Kulaijaya, Kota Tinggi dan pulau-pulau berhampiran)

Fadilat orang berpuasa :  Orang yang berpuasa mendapat 2 kegembiraan iaitu semasa berbuka dan apabila bertemu dengan Allah pada hari kiamat kelak

p/s: Geng 1 Malaysia yakni negeri² dan daerah² lain boleh klik sini untuk donlot waktu berbuka dan imsak sepanjang Ramadhan :)

Selamat berbuka puasa semua orang!

Thursday, 25 July 2013

Waktu Berbuka 16 Ramadhan 1434H/25 Julai 2013M (Khamis)

Assalamualaikum w.b.t.

Waktu berbuka JDT zon 2 (Johor Bahru, Kulaijaya, Kota Tinggi dan pulau-pulau berhampiran)


Fadhilat orang berpuasa:  Setiap kali sujud orang yang berpuasa, dikurniakan 1700 kebajikan, dibinakan mahligai di syurga dan 70,000 malaikat memohon keampunan baginya dari pagi hingga petang.

p/s: Geng 1 Malaysia yakni negeri² dan daerah² lain boleh klik sini untuk donlot waktu berbuka dan imsak sepanjang Ramadhan :)

Selamat berbuka puasa semua orang!

Wednesday, 24 July 2013

Bantuan Khas Raya 2013 untuk Penjawat Awam dan Pesara

Hai semua orang. 

Semenjak jadi orang gomen ni, tiba² jadi rajin tengok berita sebab nak tunggu pengumuman bonus raya. Hee. Alhamdulilah malam ini berita yang dinanti-nanti semua penjawat awam dan pesara di seluruh Malaysia telah pun diumumkan dengan rasminya. 

Peruntukan RM835j kepada penjawat awam dibayar akhir bulan 
 Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM500 untuk persiapan Aidilfitri kepada penjawat awam bagi Gred 1 hingga Gred 54. Perdana Menteri turut mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM250 kepada 660,000 pesara kerajaan bagi menghargai jasa bakti mereka. Bantuan kewangan yang akan dibayar pada 31 Julai ini membabitkan peruntukan kewangan RM835 juta. Sumber: Berita Harian Online


Semangat shopping tetiba datang membuak² lepas tengok berita malam ni. Bolehla belikan baju raya untuk Rini. Yay!

Waktu Berbuka 15 Ramadhan 1434H/24 Julai 2013M (Rabu)

Assalamualaikum w.b.t.

Waktu berbuka JDT zon 2 (Johor Bahru, Kulaijaya, Kota Tinggi dan pulau-pulau berhampiran)



Firman Allah ( Ayat Al-Baqarah ayat 183 dan 185 ) "Wahai orang-orang beriman!! Kamu diwajibkan berpuasa sebagimana yang diwajibkan ke atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa" 
Sumber: http://www.jais.gov.my/
p/s: Geng 1 Malaysia yakni negeri² dan daerah² lain boleh klik sini untuk donlot waktu berbuka dan imsak sepanjang Ramadhan :)

Selamat berbuka puasa semua orang!

Tuesday, 23 July 2013

Waktu Berbuka 14 Ramadhan 1434H/23 Julai 2013M (Selasa)

Assalamualaikum w.b.t.

Waktu berbuka JDT zon 2 (Johor Bahru, Kulaijaya, Kota Tinggi dan pulau-pulau berhampiran)


Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

p/s: Geng 1 Malaysia yakni negeri² dan daerah² lain boleh klik sini untuk donlot waktu berbuka dan imsak sepanjang Ramadhan :)

Selamat berbuka puasa semua orang!

Monday, 22 July 2013

Waktu Berbuka 13 Ramadhan 1434H/22 Julai 2013M (Isnin)

Assalamualaikum w.b.t.

Waktu berbuka JDT zon 2 (Johor Bahru, Kulaijaya, Kota Tinggi dan pulau-pulau berhampiran)



“Wahai umat manusia, kamu sedang dinaungi (bulan Ramadhan) yang besar kemuliaannya, lagi berkat. Bulan yang mengandungi satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan (malam Lailatul Qadar).
p/s: Geng 1 Malaysia yakni negeri² dan daerah² lain boleh klik sini untuk donlot waktu berbuka dan imsak sepanjang Ramadhan :)

Selamat berbuka puasa semua orang!

Sunday, 21 July 2013

Waktu Berbuka 12 Ramadhan 1434H/21 Julai 2013M (Ahad)

Assalamualaikum w.b.t.

Waktu berbuka puasa JDT zon 2 (Johor Bahru, Kulaijaya, Kota Tinggi dan pulau-pulau berhampiran)


Perkataan puasa dalam bahasa Arab disebut ˜Siyam' atau ˜Soum' Kedua-duanya berasal dari kata dasar ˜Sa-wa-ma', di mana secara etmologinya bererti menahan diri daripada segala yang dilarangnya serta mengikuti apa yang diperintahkan-Nya. Hal ini dapat diwujudkan dengan adanya perasaan takut (taqwa) kepada Allah S.W.T.
p/s: Geng 1 Malaysia yakni negeri² dan daerah² lain boleh klik sini untuk donlot waktu berbuka dan imsak sepanjang Ramadhan :)

Selamat berbuka puasa semua orang!

Saturday, 20 July 2013

Waktu Berbuka 11 Ramadhan 1434H/20 Julai 2013M (Sabtu)

Assalamualaikum w.b.t.

Waktu berbuka puasa JDT zon 2 (Johor Bahru, Kulaijaya, Kota Tinggi dan pulau-pulau berhampiran)



Hadith: Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: Apabila datangnya bulan Ramadhan, pintu-pintu syurga dibuka, manakala pintu-pintu neraka ditutup, syaitan dirantaikan.
p/s: Geng 1 Malaysia yakni negeri² dan daerah² lain boleh klik sini untuk donlot waktu berbuka dan imsak sepanjang Ramadhan :)

Selamat berbuka puasa semua orang!

Friday, 19 July 2013

Waktu Berbuka 10 Ramadhan 1434H/19 Julai 2013M (Jumaat)

Assalamualaikum w.b.t.

Waktu berbuka puasa JDT zon 2 (Johor Bahru, Kulaijaya, Kota Tinggi dan pulau-pulau berhampiran)


Perkataan Ramadhan berasal dari kata dasar ˜ra-mim-dal', yang bererti panas atau panas yang menyengat. Perkataan ini berkembang sehingga ertinya membawa maksud menjadi panas atau sangat panas, atau diertikan juga sebagai hampir membakar. Oleh itu makna Ramadhan boleh diringkaskan sebagai waktu atau keadaan di mana seseorang merasa panas, mulut terasa kering dan tenggorok terasa haus disebabkan sedang berpuasa.
p/s: Geng 1 Malaysia yakni negeri² dan daerah² lain boleh klik sini untuk donlot waktu berbuka dan imsak sepanjang Ramadhan :)

Selamat berbuka puasa semua orang!



Thursday, 18 July 2013

Waktu Berbuka 9 Ramadhan 1434H/18 Julai 2013M (Khamis)

Assalamualaikum w.b.t.




Sedar tak sedar dah seminggu dua hari umat islam 1 Malaysia dan yang sewaktu dengannya menjalankan ibadah posa. Tetiba je nanti dah raya la pulok. Baju Raya Rini belum beli lagi ni. Heee.

p/s: Geng 1 Malaysia yakni negeri² dan daerah² lain boleh klik sini untuk donlot waktu berbuka dan imsak sepanjang Ramadhan :)

Selamat berbuka puasa semua orang!

Wednesday, 17 July 2013

Waktu Berbuka 8 Ramadhan 1434H/17 Julai 2013M (Rabu)

Assalamualaikum w.b.t.

Okeh macam dah muak baca entri kopipes walaupun gambar Rini macam² pesen. Mulai arini aku tuka stratergy, bagi can kat Rini untuk membebel pulak. Silakan intan payung busuk masam.


Good job Rini! Teruskan usaha murni mu ini. Mak ko nak pegi kelentang kelentung kat dapor :p

p/s: Geng 1 Malaysia yakni negeri² dan daerah² lain boleh klik sini untuk donlot waktu berbuka dan imsak sepanjang Ramadhan :)

Selamat berbuka puasa semua orang!

Tuesday, 16 July 2013

Waktu Berbuka 7 Ramadhan 1434H/16 Julai 2013M (Selasa)

Assalamualaikum w.b.t.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa waktu berbuka puasa bagi geng JDT zon 2 (Johor Bahru, Kulaijaya, Kota Tinggi dan pulau-pulau berhampiran) untuk hari ini adalah seperti berikut: 


Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: "Sesiapa yang mendirikan solat (Tarawih) pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan, maka Allah ampunkan segala dosanya yang telah lalu."
p/s: Geng 1 Malaysia yakni negeri² dan daerah² lain boleh klik sini untuk donlot waktu berbuka dan imsak sepanjang Ramadhan :)

Selamat berbuka puasa semua orang!

Monday, 15 July 2013

Waktu Berbuka 6 Ramadhan 1434H/15 Julai 2013M (Isnin)

Assalamualaikum w.b.t.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa waktu berbuka puasa bagi geng JDT zon 2 (Johor Bahru, Kulaijaya, Kota Tinggi dan pulau-pulau berhampiran) untuk hari ini adalah seperti berikut: 



p/s: Geng 1 Malaysia yakni negeri² dan daerah² lain boleh klik sini untuk donlot waktu berbuka dan imsak sepanjang Ramadhan :)

Selamat berbuka semua orang!

Sunday, 14 July 2013

Waktu Berbuka 5 Ramadhan 1434H/14 Julai 2013M (Ahad)

Assalamualaikum w.b.t.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa waktu berbuka puasa bagi geng JDT zon 2 (Johor Bahru, Kulaijaya, Kota Tinggi dan pulau-pulau berhampiran) untuk hari ini adalah seperti berikut: 



Yay, harini gambar Rini yang ditimpa dengan huruf² dan ayat waktu berbuka puasa dah kembali. Cuba spot sesuatu yang asing di situ. Ya! suku daripada muka bapak kucing ada terselit. Gambar ni dia simpan dalam netbook lepas transfer daripada telefon jadi, mari kita manfaatkannya :)

p/s: Geng 1 Malaysia yakni negeri² dan daerah² lain boleh klik sini untuk donlot waktu berbuka dan imsak sepanjang Ramadhan :)

Selamat berbuka semua orang!

Saturday, 13 July 2013

Waktu Berbuka 4 Ramadhan 1434H/13 Julai 2013M (Sabtu)

Assalamualaikum w.b.t.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa waktu berbuka puasa bagi geng JDT zon 2 (Johor Bahru, Kulaijaya, Kota Tinggi dan pulau-pulau berhampiran) untuk hari ini adalah seperti berikut: 

*********************************************************

4 Ramadhan 1434H/13 Julai 2013M (Sabtu)

7.18 petang

*************************************************************

Sumber: google image

Harini pong xdok gambar Rini yang ditimpa dengan huruf² dan ayat waktu berbuka puasa sebab tak sempat edit jugak. Huehuehue.

p/s: Geng 1 Malaysia yakni negeri² dan daerah² lain boleh klik sini untuk donlot waktu berbuka dan imsak sepanjang Ramadhan :)

Selamat berbuka semua orang!

Friday, 12 July 2013

Waktu Berbuka 3 Ramadhan 1434H/12 Julai 2013M (Jumaat)

Assalamualaikum w.b.t.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa waktu berbuka puasa bagi geng JDT zon 2 (Johor Bahru, Kulaijaya, Kota Tinggi dan pulau-pulau berhampiran) untuk hari ini adalah seperti berikut: 

*********************************************************

3 Ramadhan 1434H/12 Julai 2013M (Jumaat)

7.18 petang

*********************************************************

Sumber: google image

Harini xdok gambar Rini yang ditimpa dengan huruf² dan ayat waktu berbuka puasa sebab tak sempat edit. Boleh gitu?

p/s: Geng 1 Malaysia yakni negeri² dan daerah² lain boleh klik sini untuk donlot waktu berbuka dan imsak sepanjang Ramadhan :)

Selamat berbuka semua orang!

Thursday, 11 July 2013

Waktu Berbuka 2 Ramadhan 1434H/11 Julai 2013M (Khamis)

Assalamualaikum w.b.t.

Okeh ini dia entri rutin yang dijanjikan sebelum ini. Alhamdulilah mak kucing masih bernyawa lagi hari ini untuk update u ols waktu berbuka. Waktu imsak tak sempat aa..sory eh?

Sukacitanya dimaklumkan bahawa waktu berbuka puasa bagi geng JDT zon 2 (Johor Bahru, Kulaijaya, Kota Tinggi dan pulau-pulau berhampiran) untuk hari ini adalah seperti berikut: <--- ayat semalam


Bazar mana nak serang petang ni? Berhati-hati di jalan raya, ingat mak abah kat kampung. Huehuehue.

p/s: Geng 1 Malaysia yakni negeri² dan daerah² lain boleh klik sini untuk donlot waktu berbuka dan imsak sepanjang Ramadhan :)

Selamat berbuka semua orang!

Wednesday, 10 July 2013

Rini puasa ke?

Hai semua orang.

Macam mana 1st day posa? Mesti seronok lagi beronok-ronok bukan. Ala..dah tetiap tahun posa takkan tak biasa jugak kot. Untuk geng² yang tengah bawak perot dikecualikan la, tapi kalau dapat habiskan sebulan meh kita tabik spring pada dorang.

Mari mengepoh Rini punya cerita lepas buka, si gemok ni melepek macamkan beliau posa seharian. Mak bapak ko pon xde layu macam ko Rini. Geram je aku tengokkan. Macam biasa mesti sempatkan diri amek gambo lalu upload kat FB, komen  kak Mas untunglah jadik kucen. Kikiki. 


Orang sahur, beliau sahur. Orang berbuka, beliau berbuka. Tapi, tengah hari sedap je kunyah beskot. Tu buat muka tak puas ati sebab kena geletek tengah sedap² baring. Pada muka! Heeee. *evil laugh*

Hadis menarik nak share sempena hari ke-satu posa:
"Barangsiapa yang melakukan Ibadah sunat pada bulan Ramadhan nescaya ganjarannya menyamai melakukan Ibadah-ibadah fardhu dibulan-bulan yang lain dan barangsiapa melakukan ibadah fardhu di bulan Ramadhan, ganjarannya menyamai 70 kali ganda ia melakukan ibadah tersebut di dalam bulan-bulan yang lain" (Maksud Hadis Riwayat Muslim) Sumber: http://www.maij.gov.my/

Waktu Berbuka 1 Ramadhan 1434H/10 Julai 2013M (Rabu)

Assalamualaikum w.b.t.

Entri rutin yang tukar-tajuk-dengan-isi-sikit-sikit ini bertujuan untuk update waktu berbuka setiap hari selagi larat sampai raya nanti kalo mak kucen ni masih bernyawa. InsyaAllah :)

Oleh yang demikian, sukacitanya dimaklumkan bahawa waktu berbuka puasa bagi geng JDT zon 2 (Johor Bahru, Kulaijaya, Kota Tinggi dan pulau-pulau berhampiran) untuk hari ini adalah seperti berikut:


Masa ni dah ok sangat kalau nak keluar pegi cari makan kat bazar Ramadhan idaman kalbu. Beli berpada² jangan ikut nafsu, tak baik membazir. Eh membebel pulak?

p/s: Geng 1 Malaysia yakni negeri² dan daerah² lain boleh klik sini untuk donlot waktu berbuka dan imsak sepanjang Ramadhan :)

Selamat berbuka semua orang!