Cari

Thursday, 7 February 2013

Prosedur Tukar Lesen P ke CDL

Salam u ols.

Entri kali ni nak berkongsi pengalaman aku tukar lesen P ke lesen CDL atau nama panjangnya Competent Driving License. Semoga boleh jadi panduan untuk semorang yang baru nak melalui fasa hidup yang satu ni.

Baiklah sedara sedari cikebom cikebom sekalian, senarai di bawah adalah dokumen yang perlu disediakan dan dihangkut bersama ketika urusan pembaharuan lesen hendak dilakukan. Pastikan semua lengkap untuk mengelakkan anda dihalau balik setelah penat tunggu kat pejabat mereka.
  1. Satu keping gambar berukuran lesen memandu. Masa amik gambar tu bagitau kedai gambar nak amik gambar untuk lesen. Kalau korang bagi gambar berukuran pasport kat kaunter memang saja mintak kena tengking.
  2. Lesen P asal. Jangan lupa bawak ye! Ia sangat penting sebab lepas dapat lesen CDL, pegawai tu akan potong lesen P menandakan mende tu dah tak valid lagi.
  3. Kad Pengenalan asal. Ini barang memang kena usung kemana kita pergi sekali pun tapi sila pastikan ianya ada dalam dompet, yelah manatau semalam pegi fotostat ke hapa lupa nak masukkan balik dah satu hal kena main cari harta karun.
Itu sajok. Ekceli boleh je mintak tolong Sekolah Memandu tolong buatkan tapi makan masa nak dapat balik lesen korang plus dengan bayaran pun agak mahal sebab nak bayar kos runner segala. Aku buat sendiri kat JPJ untuk 2 tahun terus total bayaran adalah RM60. Akak kaunter tu bagitau limit boleh sampai 5 tahun. 1 tahun RM30, 2 tahun RM60 dan seterusnya. No diskaun maun.


Lepas dapat lesen terus BBM kat somi bagitau lesen dah settle. Komen beliau yang ringkas & padat ---> 'Selambak'. Cis..cis..cis..dan cis lagi. Itu adalah hasil 3 kali shoot dengan posing yang berbeza, dah kali ke 3 tu aku redho je sebab amoi kedai kodak macam malas nak layan cekadak aku.

Meh nak share jugak peta dan alamat penuh pejabat JPJ Taman Daya. Kalau nak tau aku dah kali kedua datang sini driving alone tapi malangya sesat jugak. KAHKAHKAH! 


Pejabat JPJ Johor Bahru, Kompleks JPJ, Taman Daya, 80990 JB, Johor
Telephone: 07-3606060 | Fax : 07-3542805 | Email : kus@jpj.gov.my 
Office Hours : 
Monday - Thursday : 7.45 am - 5.00 pm (1.00pm - 2.00pm break) 
Friday : 7.45 am - 5.00 pm (12.15 pm - 2.45 pm closed for lunch break) 
Remarks : Counters for road tax and driving license renewal remain open during lunch break.

Sumber: http://jpj.my/state_jpj_offices/JPJ_Johor_Bahru.htm (FAQ)

Tuesday, 5 February 2013

Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) - Nusantara Prima, Johor



Nusantara Prima merupakan pembangunan eksklusif yang merangkumi kawasan sekitar 266.58 ekar di bandar Nusajaya yang kini sedang berkembang pesat dan telah bersedia untuk menjadi hab utama komersial, hiburan dan perumahan bagi kawasan selatan Semenanjung Malaysia. Projek NUSANTARA PRIMA adalah usahasama antara pemaju Denia Development Sdn. Bhd. dan UEM Land Berhad, selaku pemilik tanah. 

Proses pengundian terbuka akan dikendalikan oleh PR1MA. 

 2 jenis unit kini dibuka untuk permohonan. 

 1. Jenis 2A terdiri daripada 94 unit rumah teres 2 tingkat (1384 kps) 

 2. Jenis 2C terdiri daripada 107 unit rumah teres 2 tingkat (1392 kps) Kedua-dua jenis rumah berukuran 18 'x 65' dengan harga bermula dari RM199, 000 masing-masing. 

 KRITERIA KELAYAKAN 
1. Terbuka kepada warganegara Malaysia berusia 21 tahun ke atas 

2. Menetap atau bekerja dalam sempadan Majlis Bandaraya Johor Bahru, Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah, Majlis Perbandaran Kulai, Majlis Perbandaran Pasir Gudang dan Majlis Perbandaran Pontian 

3. Pendapatan isi rumah kasar bulanan (suami dan isteri / bujang) di antara RM2,500 dan RM7,500 

4. Pemohon atau pasangannya tidak memiliki hartanah selain dari satu unit Rumah Kos Rendah / Rumah Kos Sederhana Rendah 

 TERMA DAN SYARAT
1. Moratorium selama 10 tahun akan dikenakan di mana rumah tersebut tidak boleh dijual atau dipindah milik 

2. Pembeli wajib mendiami di rumah tersebut 

 INFORMASI TAMBAHAN 
1. Pemohon mesti membuat pendaftaran melalui laman web, www.pr1ma.my 

2. Tempoh permohonan bermula dari Disember 13, 2012 

3. Permohonan ditutup pada Februari 8, 2013, jam 11:59 malam 

4. Pemohon perlu membuat pembayaran kos penyediaan dokumen (peguam) dan duti stem seperti biasa 

5. Pembeli rumah yang berjaya boleh meneruskan urusan pembiayaan perumahan dengan institusi kewangan pilihan sendiri Kami menasihatkan anda supaya melengkapkan dokumen-dokumen yang diperlukan untuk memudahkan proses pengundian terbuka kelak.

Sumber: http://www.pr1ma.my/developments.html

Permohonan Jawatan Kosong Secara Online di UTM (Tarikh Tutup 11 Februari 2013)

Kami memerlukan individu yang dinamik, inovatif dan bercita-cita tinggi untuk bersama-sama menerokai teknologi baru dalam usaha merealisasikan Wawasan Universiti dan Wawasan 2020. Selaras dengan hasrat ini, calon-calon yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di UTM.


Jawatan :
Bil.Tarikh IklanTarikh TutupNo Siri JawatanTajuk JawatanLokasiTaraf Jawatan
129-01-201311-02-201320130129JA17AJURUTEKNIK (JA17)KUALA LUMPURTETAP/KONTRAK
229-01-201311-02-201320130129KP11APENGAWAL KESELAMATAN (KP11)KUALA LUMPURTETAP/KONTRAK
329-01-201311-02-201320130129NA17APEMBANTU TADBIR (P/O) (NA17)JOHOR BAHRU / KUALA LUMPURTETAP/KONTRAK
429-01-201311-02-201320130129NA17FPENYELIA ASRAMA (NA17)KUALA LUMPURKONTRAK
529-01-201311-02-201320130129NA17IPEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN (NA17)JOHOR BAHRU / KUALA LUMPURTETAP
629-01-201311-02-201320130129RA01DPEKERJA AM (RA01)KUALA LUMPURTETAP
729-01-201311-02-201320130129SA17EPEMBANTU HAL EHWAL ISLAM (SA17)KUALA LUMPURTETAP


Tarikh iklan buka : 29 Januari 2013.

Tarikh tutup iklan : 11 Februari 2013.

Nota : Permohonan jawatan adalah secara online application dipautan/link yang disertakan.

Pautan web : http://www.kl.utm.my/registrar/ @ https://hrfin.utm.my/smuhr/ @ http://news.kl.utm.my/

Sumber :

Pejabat Pendaftar
UTM Kuala Lumpur
29 Januari 2013