Cari

Wednesday, 15 May 2013

Rini in action

 

Rini tengah bermalas-malasan lepas makan malam. Nampak dia tengah syokkk landing aku sengaja panggil mendengki nak suruh dia bangon. Hihihi.

 Nampak tak muka tak puas ati bila kena panggil pastu aku buat bodo macam takde pape. Lately si gemok ni semakin menjadik2 perangai garfieldnye. Geram je aku tengok. 

 Harini ijan bawak beliau pegi mandi, check up, inject vaksin n pape yang patut. Risau beno bapak kucing takut si Rini jadi liar lepas kena tinggal kat vet seharian. Balik nanti dah janji nak amek dia, tak saba mau ceom beliau yang wangi!

Monday, 13 May 2013

Vlog Rini via Keek!

Hai semua orang.

Harini ada haplod satu Vlog Rini via Keek. Dah lama install tapi baru petang tadi merasmikan walaupun terkial-terkial tak geti nak guna namun ku gagahkan jua. Cakap banyak tak syok, meh layan video si gebusss. Lets Keek-ing!


May 13, 2013 | by Qema_Amaya on Keek.com


Ramai kawan² FB tanya Keek tu menatang ape, jadi meh nak share sikit info.

Keek - The fastest way to share video updates with friends
Share 36-second video updates via webcam, iPhone or Android. Posting keeks is a fun way to meet new people, stay up to date with friends and tell the world what you're up to in real-time.

Sunday, 12 May 2013

Majlis Perasmian Karnival Seni Kreatif KITA 2013

Hai semua orang.


Harini nak kongsikan pengalaman menghadiri Majlis Perasmian Karnival Seni Kreatif KITA 2013 yang dirasmikan oleh DYMM Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah. Seronok kemain sebab ini adalah penglibatan pertama dengan student post graduate UTM. 

Dalam suka pasti ada duka kan? Nak dijadikan cerita oleh kerana sambutan di luar jangkaan daripada mahasiswa UTM, bas yang we ols tempah tak muat. Omaigod, aku punya gelabah kalah mak pengantin yang nak kawinkan anak. Akhirnya 11 orang pelajar kita termasuk seorang student dari Iraq terpaksa ditinggalkan dengan pilihan nak pegi sendiri atau balik je rumah masing-masing. Beberapa orang student kita berbesar hati nak pegi sendiri ke majlis tu dengan kenderaan sendiri. Bila kaji punya kaji orang kuat PGSS rupanya si Shahir dan Rahim, patutlah dedikasi tinggi melangit. Btw, mereka sangat ohsem!

Kita tinggalkan kisah tragis tu dan meh teruskan dengan cerita ceriti sepanjang majlis. Dalam pukul 3, DYMM Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah tiba di tapak majlis perasmian dengan anakndanya. Satu ayat je terpacul dari mulut bila nampak mereka, " anak beranak yang sangat cantik!"

Pic kredit to FB Shahir *wink* 

Selepas perasmian, ada sesi lawatan ke gerai dan sesi beramah mesra dengan DYMM Raja Zarith Sofiah. DYMM ni sangat peramah dan lemah lembut orangnya. Beberapa student international daripada UTM juga berkesempatan ambil gambar secara eksklusif dengan DYMM Raja Zarith Sofiah. Ohsem kan? 

Pukul 4.30 petang dengan hujan renyai² membasahi bumi, rombongan cik kiah bergerak pulang ke UTM. Kesimpulannya mak kucing adalah sangat teruja sebab dapat jumpa bertentang dua mata dengan DYMM Raja Zarith Sofiah.


Muka budak kena tinggal kat rumah, tak jadi bawak pergi grooming sebab tak konfiden kedai bukak hari Sabtu. Satu hal nak kena patah balik hantar dia balik.

Saturday, 11 May 2013

Kerja Lebih Masa

Hai semua orang.

Harini kena tinggalkan Rini lagi sebab kena bertugas sebagai pegawai pengiring untuk student UTM yang dijemput menghadiri Majlis Perasmian Karnival Seni Kreatif KITA 2013. Disebabkan program ni tak berapa nak formal, bos bagi kebenaran bawak Ijan sekali dan beliau sudi untuk temankan. Yay!


Pukul 1.30 petang kejap lagi kena bawak rombongan cik kiah satu bas ke Bukit Layang-Layang, Pasir Gudang. Untuk pengetahuan semua, DYMM Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah telah berkenan untuk berangkat menyempurnakan karnival ini. Mesti meriah kan? Malam kang kalau sempat akan up entri pasal ni.


Eh, lupalah harini kena hangkot sekali Rini pegi hantar grooming kat Bandar Baru Uda. Siaplah kau si gemuk kena sental. Hihihi.

Friday, 10 May 2013

Gambar Candid Rini

Hai semua orang.

Semalam Ijan mintak upload satu candid pic Rini, yakni gambar dia tengah berdiri kat tingkap bilik. Kalau nak tau, kegiatan tu memang hobi Rini setiap kali masuk bilik kiteorang. Agak lama  jugak dia berdiri sambil tengok luar ntah ape yang dipandang. Kadang tu nampak macam tengah merenung masa depan pun ye jugak. Hee.


Dah boring berdiri dia akan panjat tingkap sampai atas lepas tu mengiau sekuat hati sebab tak reti nak turun. HAHAHA. Masa naik tu punyalah eksaited tak tengok kiri kanan, bila dah sampai atas menjerit mintak diselamatkan. Sekali sekala nak dengki si kecik ni, biar je dia menjerit lama² kat atas tu sambil tu gelak-gelakkan dia. Ada sekali tak sempat nak selamatkan dia gedebuk jatuh ke bawah tapi nasib baik tak injured. Lepas jatuh selamber je jalan keluar bilik buat muka macam tak de pape yang terjadi. 

Oleh kerana peel si Rini ni macam² kekdahnye, aku suka panggil dia dengan nama pelik (minachi, si gemok dan  mak enon) bila dia tengah menakal. Kalo Ijan pulak suka cari dia dengan dialog "mane si minah tu?" Hehehe.

Planning nak bawak Rini pegi grooming sebab dah comot semacam je aku tengok. Tadi dah survey kedai kat Bandar Baru Uda dengan bantuan makcik aku yang jugak seorang pencinta kucing. Hopefully kedai tu bukak esok dan boleh amek Rini tanpa buat appointment. 

Thursday, 9 May 2013

Ironman 3

Hai semua orang.

Semalam Rini kena tinggal sekor-sekor kat rumah sebab mak dengan bapak kucing pegi pegi tengok wayang. Kalaulah boleh bawak kucing masuk cinema, memang aku dah hangkot sekali si gemok ni.

We ols masuk cinema pukul 8.30 malam dengan berbekalkan set popcorn Ironman dan mash potato cap megi. Bayo RM14.90 untuk popcorn dengan tumbler edisi Ironman dan RM2.30 untuk mash potato cair. Agak menyesal beli mash potato tak cukup sifat tu tapi perot kosong punya pasal bedal je lahhhh. 2 jam lebih woh cerita ni, tak larat nak tahan lapo. Harga tiket 3D ialah RM50 untuk couple seat sekali dengan cermin mata 3D. Brader tu bagitau cermin mata boleh bawak balik, tak payah pulang. 

Kalau nak tau, mak kucing adalah peminat kipas-susah-mati si Tony Stark. Kenapa? Sebab mamat tu adalah sangat kelako dan slamber sukati mak bapak dia je kalo nak cakap or buat apa-apa. Secara keseluruhannya puas hati lah jugak sebab dapat tengok versi 3D yang ohsem. Tapi dari segi jalan cerita ada kureng sikit, susah nak faham dan agak complicated. Karakter Tony Stark pun tak berapa nak kelako nak dibandingkan dengan Ironman 2 dulu.

Scene feveret bila Mark42 yang konon-konon datang nak jadi penyelamat tapi salah landing punya pasal habis berterabur depan Killian si jahat tu. Aku punya gelak tak hingat elak berguling je dalam panggung. Scene tak ohsem langsung ialah apabila dipaparkan orang arab/Islam berhijab digambarkan sebagai pengganas. Menggelegak je hati aku tengok jalan cerita macam ni. Huh.

Habis tengok wayang gerak balik dan sampai rumah dalam pukul 11 lebih, macam biasa si Rini sambut depan pintu. Bukak je pintu terus amek dia jadi model amek gambar dengan tumbler Ironman. Buat muka comel macam tau-tau je mau masuk belog. Heeee, geram!

Sent from my Samsung tablet.


Wednesday, 8 May 2013

Salam Perkenalan

Hai semua orang.

Selamat datang ke 'Rini Thingy'. Ini blog kucing parsi comel bernama Rini. Blog ni diwujudkan untuk kongsikan pengalaman dan juga tempat simpan semua kenangan dengan Rini. Oh ye, kadang-kadang cerita mak kucing & bapak kucing juga akan enterframe sama. Hihi.

Untuk pengetahuan u ols, Ijan beli Rini dari seorang brader yang dikenali melalui mudah.my. Harga iklan adalah RM400, tapi dengan skil nego si bapak kucing dapatlah kurang sikit (tak silap RM350). Jantina Rini adalah betina ye,  ada potensi nak dapat Rini junior ni.  Erk. Jauh sangat mak kucing ni berangan sebab umur Rini baru 4 bulan.

Kepada semua peminat kucing comel, mehla jadi Geng Meow. Boleh tukar-tukar pendapat dan pengalaman. Dan mana tau satu hari nanti boleh buat aktiviti gathering dengan si comel masing-masing. Syok woh.

Sampai sini dulu mak kucing membebel, nanti sambung lagi. Bai!

Sent from my Samsung tablet.


Tuesday, 7 May 2013

JEMPUTAN KE PROGRAM UTM POSTGRADUATE INFO DAY 2013

Assalammualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Sekolah Pengajian Siswazah (SPS), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) akan menganjurkan program UTM Postgraduate Info Day 2013 di mana program ini turut melibatkan Unit Pemasaran Universiti (UPU) dan semua fakulti / sekolah di UTM seperti butiran berikut:

Tarikh (Hari) : 18 - 19 Mei 2013 (Sabtu - Ahad)
Masa : 10.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Dewan Besar, UTM Kuala Lumpur

Sehubungan itu, Y. Bhg. Prof./Datuk/Dr./Saudara dengan hormatnya dijemput hadir ke program tersebut & menghebahkan mengenai program ini kepada keluarga, saudara & rakan-rakan untuk turut hadir ke program tersebut bagi mendapatkan maklumat lengkap mengenai program-program pascaijazah, tawaran pembiayaan pengajian dll. Untuk makluman semua, kami juga akan turut menyertai pameran Karnival Kerjaya yang akan diadakan di Foyer DSI, UTM, Johor Bahru pada 15-16 Mei ini.

Sekian, bersama-sama ini turut dilampirkan banner program untuk rujukan semua.

Terima kasih, wassalam.